Wednesday, June 6, 2012

Arahan Pertukaran Tempat Bertugas


      Panggilan telefon dari PAID Klang, membuatkan aku tertanya-tanya. Apakah surat yang perlu diambil dari pejabat berkenaan? Kessokan harinya, aku memohon kebenaran kepada ketua kelas Kohort 4C agar masuk kelas lewat sedikit kerana ingin mengambil dokumen.

     Sampai di PAID terserempak dengan Ustaz Sumardi. Beliau sempat menegur aku yang sehingga kini masih lagi mengajar di Pulau Indah. Dan jawapan aku masih lagi mengajar disana. Surat yang berlabelkan “sulit” diatas sebelah kanan dibuka secara perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku isi yang ditulis adalah arahan bertukar tempat mengajar ke SRA Batu 3, Sungai Pinang. 

      Aku cuba bawa bertenang. Menenangkan fikiran yang agak berkeceramuk sedikit. Seolah-olah seperti merasakan didalam mimpi. Apa yang sebang berlaku ni? Aku cuba mengimbas kembali bagaimana boleh surat ini keluar. Macam tak percaya, selama ini aku memang tak boleh dipindahkan kemana-mana kerana komitmen dan tanggungjawab masih lagi diperlukan di Kafai Armada Putra. Macam mana boleh bertukar pulak? Aku pun redho kerana ini semua sudah disuratkan oleh Allah. Segala ketentuan Allah kita tak boleh nak dielakkan. Pasti ada hikmahnya.

      Pengerusi Kafai memang dah tak boleh buat apa-apa dah. Memang agak masalah jika aku keluar dari Kafai tersebut. Tetapi inilah ujian dan cabaran. Ketua Guru dan guru-guru Kafai memang tak boleh nak cakap macam mana. Terpaksa akur dengan arahan PAID. Semua itu tidak menjadi masalah. Yang paling sedih aku nak tempuhi adalah anak-anak murid kesayanganku semua.

      Macam mana berita ini tersebar hinggakan anak murid aku memberikan SMS dengan nada sedih dan marah. Kesian mereka. Asalnya mereka akan menyambut jamuan hari jadi pada 15 Jun nanti. Nampak gayanya terpaksalah mereka menyambut dengan guru baru mereka nanti.
Hanya nasihat yang boleh aku berikan kepada mereka. Belajarlah rajin-rajin dan ingat nasihat yang telah ustaz berikan kepada kamu semua. Ustaz sayang kamu semua.

      1 Jun 2012, aku telah melaporkan diri ke SRA Batu 3, Sungai Pinang. Tak sampai 5 minit pun dari rumah aku. Aku akan mengajar pada sesi petang dan mengajar murid kelas Tahun 4. Tak kisahlah diarah ajar darjah 1 pun aku terima. Aku seronok menjadi guru. Sebelum mula sesi persekolah di buka semula pada 11 Jun ini, aku perlu fokus kepada subjek Teknologi Maklumat dan peperiksaan semester yang akan tiba.

 
Guru-guru Kafai Bandar Armada Putra


 Selamat tinggal murid-murid sekelian. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment