SOLAT SUNAT DUA GERHANA DAN CARA PERLAKSANAANNYA

Pengenalan
            Solat sunat gerhana matahari dan bulan adalah dua solat yang jarang sekali dilaksanakan diseluruh dunia amnya dan negara Malaysia khususnya.  Ini adalah berikutan kedua-dua fenomena ini juda adalah jarang-jarang berlaku dan akan berlaku mengikut ketetapan dan peredaran masa.  Berbanding solat sunat dua hari raya dialakukan hanya setahun sekali dan solat fardhu adalah setiap hari. 
            Justeru itu,  solat yang jarang dilaksanakan ini akan menyebabkan ramai yang tidak dapat mengingati atau langsung tidak melakukannya mungkin kerana kurangnya ilmu atau pendedahan.
1.0 Fenomena gerhana bulan dan matahari.
Gerhana bulan dan matahari adalah satu penciptaan yang sangat menakjubkan oleh Allah S.W.T. Di zaman teknologi ini, fenomena seperti ini hanya sedikit sahaja yang dapat di ungkapkan secara zahiriah.  Tetapi disisi Allah ianya adalah penuh dengan hikmah dan membuktikan bahawa Allah S.W.T adalah maha agung. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 190.
žcÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@øŠ©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tƒUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ   “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.

            Gerhana bulan didalam bahasa Arab adalah الخسوف  manakala gerhana matahari dikenali sebagai الكسوف.  Menurut  halaman web http://wikipedia.org, definisi Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.  Manakala Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk  kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Oleh itu,  fenomena ini adalah sangat ganjil dan ianya jarang-jarang berlaku kerana semasa berlakunya gerhana ini akan menyebabkan berlakunya perubahan fizikal kepada pemandangan di seluruh dunia.

                   Menurut http://cikguhamzah.wordpress.com (2013),  gerhana bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala’ kegelapan”.
Oleh yang demikian, Allah S.W.T telah membimbing orang-orang yang beriman agar sentiasa mengingati dengan cara memuji, bersyukur walau dalam keadaan apa sekalipun. Hidayat yang Allah berikan kepada orang-orang yang beriman adalah amat penting kerana menghindarkan manusia cepat menyangka kepada perkara yang ganjil menjadi penyebab kepada sesuatu.
3.0 Pengertian solat sunat gerhana bulan dan matahari.
      Berdasarkan dalil hadis sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: “OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala’ kegelapan”.
Hadis ini adalah menjadi satu dalil bagi Allah memerintahkan kepada seluruh hambaNya agar sujud dan berdoa supaya menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.  Oleh kerana solat sunat ini dilaksanakan ketika hambaNya melihat gerhana, maka dengan hadis ini adalah menjadi satu sunat kepada orang-orang mukmin mengerjakan solat sunat gerhana.
            Solat gerhana ini juga dikenali sebagai khusufain seperti menurut Sulaiman Endut (2002),  solat khusufain ialah solat dua gerhana, yakni solat kerana gerhana bulan atau gerhana matahari.
4.0 Hukum solat sunat gerhana bulan dan matahari
Hukumnya adalah sunat muakkad atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah S.A.W pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah S.A.W telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik. (Wikipedia.org, 2013)

5.0 Waktu solat gerhana
            Allah S.W.T telah memfardhukan solat lima waktu kepada hambaNya. Kesemua solat ini mempunyai waktu-waktunya yang tertentu.  Tidak ketinggalan juga solat-solat sunat mempunyai waktu-waktunya yang mengikut dalil dari Al-Quran ataupun hadis Rasulullah S.A.W.
Solat sunat gerhana waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita. (www.wikipedia.org, 2013)
Menurut Sulaiman Endut (2002), waktu melakukan solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali sebagaimana biasa atau sampai terbenam. Sedangkan solat gerhana bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan Nampak penuh.
            Solat gerhana ini dilakukan secara berjamaah sebagaimana yang dipetik dari hadis
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً )
Maksudnya dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’.
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
            Selain itu menurut Al-Syaikh Abd al-Shamad Al-Jawi Al Falimbani (2003), melakukan solat gerhana ini hendaklah diserukan dari tempat yang tinggi dengan mengatakan الصلاة جامعة  kemudian Imam melakukan solat dua rakaat bersama-sama dengan jamaah yang hadir didalam masjid.
Solat sunat gerhana juga boleh dilakukan berseorang atau selain masjid tetapi lebih afdhal melakukan di masjid dan secara berjamaah.
            Sebagai hamba yang patuh pada Maha Pencipta, maka apabila dikatakan satu ibadah iaitu memperhambakan diri kepada Allah, perlulah sebelum menghadapinya mempersiapkan diri terlebih dahulu. Menurut Jabatan Mufti Negeri Melaka didalam teks khutbah Gerhana Bulan (2011) telah menyatakan tatacara sebelum melaksanakan solat sunat gerhana adalah sunat mandi terlebih dahulu seperti mandi-mandi sunat yang lain. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang singkat dan akhir sekali sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa‟ (minta hujan).

6.0 Lafaz niat gerhana bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


6.0.1  Lafaz niat gerhana matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" .(Jika berimam). Manakala andaikata solat seorang diri niatnyan "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
6.1  Jumlah rakaat
Solat sunat gerhana dilakukan 2 rakaat sebagaimana solat biasa mengikut kaifiat yang tertentu.  Menurut Al-Syaikh Abd al-Shamad Al-Jawi Al Falimbani (2003), solat sunat gerhana memadai melakukan solat itu seperti solat biasa iaitu dengan satu rukuk setiap satu rakaat.
Bagi solat dua rakaat adalah dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. (Sulaiman Endut. 2002).
Selain itu maksud hadis dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
6.2 Kaifiat mengerjakan solat sunat gerhana
Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan dari Saidatina Aisyah R.A telah berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
 
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
Secara ringkasnya berikut adalah senarai kaifiat solat gerhana pada rakaat Pertama :
1.    Takbiratul Ihram.
2.    Membaca doa iftitah.
3.    Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.    Membaca surah al-Fatihah.
5.    Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6.    Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.    Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8.    Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.    Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.  Sujud dan membaca tasbih.
11.  Duduk antara 2 sujud.
12.  Sujud kembali.
13.  Berdiri ke rakaat kedua.
Manakala rakaat kedua pula adalah seperti berikut:
1.    Membaca surah al-Fatihah.
2.    Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.    Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.    Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
5.    Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
6.    Sujud dan membaca tasbih.
7.    Duduk antara 2 sujud.
8.    Sujud kembali.
9.    Membaca tasyahud akhir.
10.  Memberi salam.
Apabila para jemaah telah selesaikan mengerjakan solat, disunatkan membaca dua khutbah dan disunatkan pula duduk di antara dua khutbah. Ini adalah menurut hadis yang telah diriwayatkan dari Saidatina Aisyah R.A.
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
            Kesimpulannya sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. Isi khutbahnya pula seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. dan khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. (Al-Syaikh Abd al-Shamad Al-Jawi Al Falimbani, 2003).
7.0 Fadhilat solat sunat gerhana.
Tidak dinafikan jika dulu apabila berlaku gerhana bulan, ada yang melakukan perkara khurafat atau amalan bertentangan syarak tetapi kini fahaman itu tidak ada lagi. Oleh itu, sebaiknya apabila melihat fenomena yang jarang berlaku ini kita mengambil hikmah serta pengajaran daripadanya.
Menurut penolong pengarah Masjid Negara Mohd Hosni yang dipetik didalam www.bharian.com.my, apabila dikatakan bulan gerhana, bermakna bulan sakit dan sepatutnya keadaan itu mengingatkan kita kedudukan dunia yang semakin tua atau menghampiri kiamat. Walaupun kita tidak tahu bila berlakunya kiamat, persediaan mesti dibuat secara berterusan, katanya. Beliau berkata lagi, peluang yang diberikan kepada manusia termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong mereka memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ini.
8.0 Kesimpulan
Secara kesimpulan yang dapat dirumuskan disini adalah kesempatan melihat sendiri fenomena yang boleh melahirkan rasa takjub terhadap kekuasaan Allah itu perlu dihidupkan dengan menunaikan solat sunat secara berjemaah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW agar sebagai hambaNya yang telah dicipta agar sentiasa bersyukur dan memuji Allah S.W.T.  Solat ini juga perlu diberi pendedahan labih awal lagi diperingkat sekolah rendah malah praktikal juga perlu diberi penekanan lebih terperinci.


9.0 Bibliografi
Al Quran
Sulaiman Endut (2002), Asas-asas Fardhu ain, Kuala Lumpur :
            Pustaka Haji Abdul Majid.

Al Syaikh Abd Al Shamad Al Jawi Al Falimbani (2003), Jalan Kemuliaan Ahli Sufi, Kuala
          Lumpur : Al Hidayah Publishers

http:  //ms.wikipedia.org (2013). Solat Sunat Gerhana,
          http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana, Definisi
          Dilayari pada: 24 November 2013

http:  //cikguhamzah.wordpress.com (2013). Gerhana Bulan Gerhan Matahari,
          http://cikguhamzah.wordpress.com/sains-upsr/tahun-vi/gerhana-bulan-gerhana-matahari/             Dilayari pada: 24 November 2013

http:  //www.bharian.com.my (2011). Rebut Peluang Solat Sunat Gerhana Malam Ini,
          http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rebutpeluangsolatsunatgerhanamalamini/
          Article /index_html
          Dilayari pada: 24 November 2013











Comments

Popular posts from this blog

Menghayati Sifat Ikhlas dan Jujur Dalam Kehidupan.